NOTIS

Berkuatkuasa 1 Januari 2020, semua urusan jualan dan edaran produk MIWA OLi adalah di bawah pengurusan syarikat EJ Stellar Sdn. Bhd., yang merupakan syarikat edaran bagi MIWA Manufacturing Sdn. Bhd.

 

 

 

TERMA DAN SYARAT STOKIS MIWA/ MIWA OLi

1. Stokis akan menerima KIT JUALAN semasa pendaftaran dan bayaran penuh dibuat.

2. Nilai pembelian minima bagi setiap pengambilan stok seterusnya adalah sebanyak 350 kotak.

3. Stok akan dihantar terus ke alamat Stokis mengikut kuantiti minima seperti yang dipesan.

4. Semua urusan adalah secara TUNAI.

5. Stokis tidak dibenarkan untuk mengubahsuai/ menyalahguna jenama dan gambar produk MIWA dan/atau MIWA OLi dan/atau OLi kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada pihak EJ Stellar Sdn. Bhd.

6. Stokis perlu mematuhi harga jualan yang telah ditetapkan.

7. Pihak EJ Stellar Sdn. Bhd. tidak bertanggungjawab di atas segala perihal atau masalah yang wujud di antara Stokis dengan Ejen dan Peruncitnya.

8. Pihak EJ Stellar Sdn. Bhd. berhak sepenuhnya membatalkan pendaftaran Stokis sekiranya Stokis gagal memenuhi garis panduan yang telah dan akan ditetapkan dari masa ke semasa. Keputusan pihak EJ Stellar Sdn. Bhd. adalah muktamad dan sebarang pertimbangan adalah hak sepenuhnya pihak EJ Stellar Sdn. Bhd. tanpa keraguan.

9. Bagi stokis yang tidak membuat belian selama 1 bulan (pada mana-mana bulan), secara automatiknya kawasan stokis tersebut akan dibuka kepada mereka yang berminat untuk menjadi stokis.

10. Pihak EJ Stellar Sdn. Bhd. berhak untuk membuat pindaan terhadap terma dan syarat dari masa ke semasa tanpa sebarang notis.

——————————–

TERMA DAN SYARAT EJEN MIWA/ MIWA OLi

1. Ejen akan menerima KIT JUALAN semasa pendaftaran dan bayaran penuh dibuat.

2. Nilai pembelian minima bagi setiap pengambilan stok seterusnya adalah sebanyak 15 kotak.

3. Ejen bersetuju untuk mengambil sendiri stok produk daripada stokis terdekat bagi meneruskan perniagaan di kawasan pasaran mereka.

4. Bagi Ejen yang ingin stok produk dihantar ke alamat kediaman/perniagaan, setiap bayaran kos penghantaran adalah ditanggung sepenuhnya oleh Ejen itu sendiri.

5. Semua urusan adalah secara TUNAI.

6. Ejen tidak dibenarkan untuk mengubahsuai/ menyalahguna jenama dan gambar produk MIWA dan/atau MIWA OLi dan/atau OLi kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada pihak EJ Stellar Sdn. Bhd.

7. Ejen perlu mematuhi harga jualan yang telah ditetapkan.

8. Pihak EJ Stellar Sdn. Bhd. tidak bertanggungjawab di atas segala perihal atau masalah yang wujud di antara Ejen dengan para pelanggannya.

9. Pihak EJ Stellar Sdn. Bhd. berhak sepenuhnya membatalkan pendaftaran Ejen sekiranya Ejen gagal mengekalkan belian selama dua (2) bulan (rujuk nota pembatalan status ejen) atau tidak memenuhi garis panduan yang telah dan akan ditetapkan dari masa ke semasa. Keputusan pihak EJ Stellar Sdn. Bhd. adalah muktamad dan sebarang pertimbangan adalah hak sepenuhnya pihak EJ Stellar Sdn. Bhd. tanpa keraguan.

10. Pihak EJ Stellar Sdn. Bhd. berhak untuk membuat pindaan terhadap terma dan syarat dari masa ke semasa tanpa sebarang notis.

********************

Nota Pembatalan Status Ejen

  • Gagal mengekalkan belian selama 2 bulan berturut-turut.

Contoh situasi:

1) Ejen tidak membeli pada bulan Februari, tetapi pada bulan Mac, ejen tersebut meneruskan pembelian minima 15 kotak. Status ejen masih lagi sah.

2) Sekiranya ejen tidak membeli pada bulan Februari dan pada bulan Mac (2 bulan berturut-turut), dengan secara automatiknya status ejen dibatalkan. 

 

Jika ejen ingin meneruskan belian pada bulan April, ejen tersebut perlu mendaftar semula dan membayar yuran pendaftaran ejen serta mendapat 1 set kit jualan semasa pendaftaran.

——————————–

 

TERMA DAN SYARAT PERUNCIT MIWA/ MIWA OLI

1.       Peruncit bersetuju untuk mengambil stok produk daripada stokis terdekat bagi meneruskan perniagaan di kawasan pasaran mereka. Kos penghantaran ke lokasi Peruncit adalah atas budi bicara Stokis.

2.       Semua urusan adalah secara TUNAI.

3.       Peruncit tidak dibenarkan untuk mengubahsuai/ menyalahguna jenama dan gambar produk MIWA dan/atau MIWA OLi dan/atau OLi kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada pihak EJ Stellar Sdn. Bhd.

4.       Peruncit perlu mematuhi harga jualan yang telah ditetapkan.

5.       Pihak EJ Stellar Sdn. Bhd. tidak bertanggungjawab di atas segala perihal atau masalah yang wujud di antara Peruncit dengan para pelanggannya.

6.       Pihak EJ Stellar Sdn. Bhd. berhak sepenuhnya membatalkan pendaftaran Peruncit sekiranya Peruncit tidak memenuhi garis panduan yang telah dan akan ditetapkan dari masa ke semasa. Keputusan pihak EJ Stellar Sdn. Bhd. adalah muktamad dan sebarang pertimbangan adalah hak sepenuhnya pihak EJ Stellar Sdn. Bhd. tanpa keraguan.

7.       Pihak EJ Stellar Sdn. Bhd. berhak untuk membuat pindaan terhadap terma dan syarat dari masa ke semasa tanpa sebarang notis.

——————————–